Bila Isteri Mati Nafsu

Jaga-jaga Jika Ada 5 Tanda Ini, Itulah Punca Mati Putik Buat Mak-mak Fobia ‘Bersama’ Suami


Kalau lelaki ada masalah batin yang dipanggil mati pucuk, perempuan pun boleh alaminya. Cuma istilahnya Mati Putik. Secara saintifik dikenali sebagai Female Sexual Dysfunction (FSD).


Jaga-jaga bila wanita alami 5 tanda ini. Antaranya mak-mak sukar klimaks semasa hubungan intim, manakala ibu lepas bersalin akan hadapi sukar dapat zuriat. Ini perkongsian dari Ummi Syatirah, bidan muda yang dikenali Kak Bidan Sempoi Sabah.


5 Tanda Wanita Alami Mati Putik

1. Berat badan melebihi berat idealatau obesiti.

2. Mudah beremosi, panas baran, mood tak stabil, tiada keinginan bersama pasangan. Seks diumpamakan seperti ubat. Diambil apabila perlu. Jika tiada kepentingan akan ditinggalkan.

3. Ada sejarah gastrik dan senggugut. Gagal kawal waktu makan dan makan makanan sejuk dan berangin, misalnya terung dan kacang bendi.

4. Sangat sukar klimaks ketika bersama suami.

5. Ibu bersalin normal atau pembedahan lalu alami sembelit, keputihan dan angin yang banyak dalam perut.


Kenapa Mati Putik Terjadi, Ini 4 Sebabnya
1. Gangguan Urat Saraf Dalam Pengaliran Darah Ke Faraj
Yang mengakibatkan tidak menegang ketika dirangsang. Misalnya, walaupun suami telah melakukan rangsangan pada titik rangsangan pada puting dan klitoris sebelah kiri lebih 30 minit, isteri masih juga belum klimaks.


Klimaks berlaku apabila otot sekitar vagina, punggung, pinggang hingga kaki mengejang dan satu perasaan nikmat kepuasan akan dirasai. Ketika ini, hormon endorfin dikeluarkan dari dalam badan. Mereka yang alami mati putik, jarang sekali merasai kenikmatan klimaks.



2. Angin Gastrik Terlalu Banyak Dalam Perut
Angin yang dibiar terlalu lama dalam badan akan sebabkan tekanan kepada seluruh organ sekitar seperti rahim dan vagina.
Sebab itu, mereka yang alami gastrik mudah senggugut. Pesakit gastrik yang teruk pun berpotensi. Begitu juga mereka yang ada banyak angin di kawasan perut dan rahim, biji-biji angin boleh berada di kawasan bibir luar faraj (labia majora).



3. Masalah Saraf
Wanita yang sensitif dengan suhu persekitaran yang sejuk. Bila bersama dalam bilik berhawa dingin, isteri jadi tak selesa dan sukar klimaks. Isteri yang biasa tidur dalam bilik bersuhu sejuk juga mudah alami mati putik.



4. Tidak Dirawat Ketika Berpantang
Ketika bersalin normal, bukaan servks membesar hingga 10cm, otot vagina mengecut dan ia memberi tekanan pada otot di sekitarnya. Otot yang tercedera beri kesan pada saraf.

Apabila saraf sekitar vagina kurang berfungsi, ia akan alami kesukaran untuk klimaks semasa bersama pasangan dan akhirnya menyebabkan mati putik.

Wanita bersalin secara pembedahan juga boleh alami jika angin dalam perut dan rahim tak dikeluarkan dengan sebaiknya. Angin yang berkumpul terlalu banyak dalam perut boleh sebabkan pengumpulan angin di sekitar vagina. Angin sekitar vagina inilah punca sukarnya klimaks dan mati putik.




Sebab Itu Kena Rawat, Bahaya Jika Dibiarkan : Boleh fobia untuk bersama pasangan, kerana aktiviti seks yang menyakitkan akibat ketiadaan cecair yang dirembes disebabkan tiada keghairahan.



Amalkan Sendiri Cara Mencegah
√    Rehat secukupnya
√    Jaga waktu makan; terutama sarapan pagi
√    Kawal stress
√    Jadualkan masa bersama keluarga
√    Dapatkan waktu ‘me’ time sendiri
√    Bertangas
√    Bertungku
√    Rendaman vagina, bagus untuk memberi rangsangan semula kepada alat sulit wanita



Buat Sendiri Masker Vagina Di Rumah
100 gram serbuk inai
50 gram serbuk manjakani
Sedikit air mawar


Caranya
Gaulkan semua sekali
Jadikan masker dan sapu di kawasan intim wanita sebelum tidur.
Biarkan 20 minit. Bilas.
Manfaat
Ia membantu melancarkan perjalanan darah di sekitar bahagian intim wanita dan tingkatkan sensitiviti zon erotik.


Jika Masih Gagal Dirawat : Berjumpalah perawat untuk kenal pasti punca masalah sebenar.


Pengalaman Ummi Syatirah, Kak Bidan Sempoi Sabah
Pengalaman saya, mereka yang mati putik ini, vaginanya sejuk dan longgar, mengalami keputihan, dan terlalu banyak biji-biji angin. Maka, satu rawatan khas vagina perlu dijalani.


Mati Putik sebenarnya bukan sahaja menyerang golongan berumur. Mati putik boleh terjadi seawal adanya gastrik. Perut yang buncit dan wajah yang kusam kurang keceriaan menggambarkan anda sakit dan tidak bahagia.


Penjagaan diri dan alat kelamin perlulah bermula seawal perkahwinan. Mati putik yang tidak dirawat boleh menyebabkan masalah kepada rumah tangga. Apabila tiada kesepakatan antara suami isteri, maka di situlah lahirnya sebuah penceraian.


Tiga tahun lepas saya pernah merawat seorang wanita yang ada masalah mati putik. Beliau hampir bercerai. Beliau datang berjumpa saya untuk mendapatkan khidmat nasihat dan rawatan.


Semasa saya ingin memulakan urutan, ototnya sangat-sangat keras dan walaupun tekanan yang paling ringan dikenakan, beliau terus menjerit sakit. Urutan seakan usapan pun beliau sudah menjerit, belum lagi urutan ‘deep tissue massage’.


Ianya menggambarkan bahawa otot seluruh badannya sangat stress. Seluruh otot mengeras. Saya terpaksa menghentikan urutan dan terus menyoalnya.


Beliau berterus-terang kepada saya bahawa beliau tidak pernah langsung mendapatkan sebarang rawatan tradisional selepas sahaja bersalin.”


Beliau mempunyai dua orang anak berumur 10 tahun dan 8 tahun. Rupanya mati putik ini di tahap yang paling bahaya ialah mereka langsung tidak boleh disentuh, hatta kain yang terkena pada badan pun dirasakan sakit. Jadi, bagaimanakah suami hendak menyentuh isteri? Di sinilah bermula sebuah perceraian.


Jika Alami 5 Tanda Di Atas, Segera..
Nasihat saya buat semua wanita, jika anda mengalami tanda-tanda di atas, segeralah mendapatkan rawatan yang bersesuaian mengikut masalah anda. Kekalkanlah institusi kekeluargaan dengan kasih-sayang dan ilmu.
Perkongsian ilmu adalah dapatan ilmu perawatan daripada guru saya sendiri, Puan Sarifa Redzuan dan juga suami saya sendiri, Ustaz Lokman Mohamed.
Kredit: Kak Bidan Sempoi Sabah


Suplemen Cadangan untuk Mati Putik


Vivix

Mengandungi antioksida yang tinggi untuk membantu badan yang kurang bertenaga kembali bertenaga. Vivix ini berperanan memperbaiki sel yang lemah disebabkan faktor umur dan bebanan kerja banyak, memberikan tenaga semula.

Vivix juga melancarkan peredaran darah ke seluruh badan. Penting peredaran darah kita ini yang mana akan membangkitkan semula nafsu.

Vitamin E

Ini dipanggil vitamin cinta. Memang boleh membantu untuk menaikkan keinginan isteri dan juga mood untuk bersama dengan suami.

Selain itu, vitamin E memang melancarkan peredaran darah dan oksigen dan secara tidak langsung kulit akan lebih cantik.

Alfalfa

Perapat wanita tetapi jamu ya. Kandungan daun alfalfa itu bagus bertindak untuk anjalkan kembali otot-otot di bahagian vagina. Bagi rapat semula.

Dan alfalfa sangat bagus untuk hilangkan keputihan wanita.

GLA Complex

Ini dikategorikan sebagai teman baik wanita la. GLA ini membantu untuk stabilkan hormon wanita kita terutamanya lepas bersalin. Memang wanita lepas bersalin dan juga menyusu badan, hormone akan kucar kacir. Itu yang menyebabkan nafsu dan emosi pun tidak stabil kan.

So GLA membantu sekali untuk hubungan dengan suami.

Empat jenis produk ini adalah VITAMIN bukanya jamu ataupun pil penguat tenaga badan ya. Vitamin ataupun suplemen ini membantu dari segi kestabilan hormone dan juga dalaman kita wanita.


Catat Ulasan

Instagram

Follow your Fancy. Theme by BD.